Apakah itu ekonomi

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca.

Sebagai perkenalan, ekonomi merupakan antara subjek yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin menduduki peperiksaan STPM. Ia merupakan subjek bagi aliran sains sosial. Untuk pengetahuan anda aliran "Sains Sosial" bukanlah aliran sains tulen. Sains sosial juga dikenali sebagai aliran seni. (Disclaimer: post ini bukan atas tujuan mengajar subjek ekonomi tapi saya ingin bagi anda lebih faham tentang ekonomi bab by bab)

Ok, saya teruskan dengan menerangkan apa itu subjek ekonomi dan kenapa anda harus memilih subjek ini atau sebab terpaksa bagaimana anda boleh meminati subjek ini. Ekonomi secara makna ialah subjek sains sosial yang mengkaji bagaimana faktor pengeluaran yang terhad memenuhi permintaaan yang tiada terhad. Secara mudahnya, ekonomi mengkaji bagaimana sesuatu barang yang dihasilkan (terhad) untuk memenuhi kehendak manusia (tiada terhad). Contohnya, kita sebagai seorang tukang masak di sebuah restoran. Bagaimana kita nak masak 2 biji telur untuk dijadikan telur goreng kepada 4 orang pelanggan. Jika anda memilih untuk masak telur mata kerbau, hanya dua pelanggan yang akan dapat makan 2 telur goreng. Tetapi, jika anda masak telur dadar, anda boleh bahagikan telur goreng tersebut kepada 4 orang pelanggan anda tadi. Begitulah penerangan yang mudah boleh saya berikan untuk anda faham secara ringkas apa itu ekonomi.

Apa yang akan anda pelajari disepanjang 3 semester ini? Pada sem 1, anda akan belajar mikroekonomi. Pada sem 2 pula anda akan mempelajari makroekonomi dan sem 3 anda akan mempelajari ekonomi Malaysia.

Apa itu mikro dan makro? Mikro dan makro merupakan "the heart" of economy. Mikro menerangkan ekonomi pada sekala yang kecil dimana anda akan mempelajari kaitan antara permintaan dan penawaran. Manakala makro merangkumi skop yang lebih luas dimana anda akan mempelajari tentang ekonomi sesebuah negara. Contohnya, bagi mikro, anda mempelajari kaitan sekumpulan pembeli dan seorang penjual di kedai runcit. Jika penjual di kedai runcit tersebut menjual sebiji kentang pada harga RM4, tidak masuk akal kan? Jadi sekumpulan pembeli ini tidak membeli atau kurang membeli kentang di kedai runcit tersebut menyebabkan harga kentang tersebut jatuh dan kuantiti yang diminta turut jatuh. Tapi untuk makro pula, bagaimana sesebuah negara untuk menangani masalah lambakan dari luar negara. Lambakan ini bermaksud barangan yang dihasilkan oleh negara luar masuk ke sesebuah negara dengan kadar yang banyak dan boleh memberi kesan kepada pengeluar tempatan. Contohnya, negara China menghasilkan sawi dan negara kita juga mengeluarkan sawi. Jika sawi dari negara China masuk ke dalam negara dalam kadar yang banyak, harganya pasti lebih murah. Hal ini akan mengakibatkan rakyat akan lebih memilih sawi dari China berbanding keluaran negara. Jadi ada beberapa langkah untuk menangani permasalahan ini. Insyallah saya akan terangkan di post akan datang.

Apa yang menarik tentang ekonomi? Ekonomi ini merupakan subjek yang mudah untuk dikaitkan dengan kehidupan seharian kita (subjek lain pun boleh kaitkan juga). Jadi tips yang boleh saya berikan kepada anda yang mengambil subjek ini cuba kaitkan dengan kehidupan seharian dan cuba tanya pada guru anda antara betul atau tidak korelasi yang anda gunakan.

Itu sahaja untuk post ini. Post akan datang saya akan terangkan Ekonomi Sem 1 bab 1.

Terima kasih dan semoga maju jaya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ekonomi STPM Penggal 1 Bab 1 Part 2

Ekonomi STPM Penggal 1 Bab 1