Ekonomi STPM Penggal 1 Bab 1 Part 2

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca.

Post ini adalah sambungan daripada post sebelumnya, boleh check di blog ini.
Ok, let's move on.

D. Masalah ekonomi

Terdapat 3 masalah ekonomi iaitu;
1. Masalah kekurangan
2. Masalah pilihan dan,
3. Kos lepas

1. Masalah kekurangan disebabkan oleh kekurangan sumber pengeluaran. Seperti definisi ekonomi di post sebelum ini, ekonomi mengkaji bagaimana memenuhi kehendak manusia yang tiada terhad dengan sumber ekonomi yang terhad. Masalah ini merujuk kepada kekurangan pengeluaran barangan dan kekurangan penyediaan perkhidmatan. Hal ini menyebabkan permintaan masyarakat tidak dapat dipenuhi.

Jika anda telah membaca post sebelum ini, anda boleh mengaitkan masalah ini dengan contoh anda sebagai seorang tukang masak.

2. Masalah pilihan juga disebabkan oleh kekurangan sumber ekonomi. Pengguna dan pengeluar terpaksa membuat pilihan. Dalam hal ini, pengguna membuat pilihan untuk mendapat kepuasan maksimum manakala pengeluar membuat pilihan untuk mendapat keuntungan maksimum.  Masalah pilihan ini menyebabkan masalah kos lepas.

Sebagai contoh, jika anda mengikuti pengeluaran model Iphone, jika anda sebagai pengguna dan ditawarkan untuk diberi antara Iphone 3GS atau Iphone Xs Max. Pasti anda memilih Iphone Xs Max bukan? Hal ini menunjukkan bahawa Iphone 3GS adalah kos lepas. Bagi pengeluar Iphone pula, mereka tidak akan mengeluarkan model Iphone 3GS lagi disebabkan oleh tiada permintaan. Jelas menunjukkan Iphone 3GS merupakan kos lepas bagi pengeluar Iphone.

3. Kos lepas secara definisinya melepaskan barangan kedua terbaik untuk mendapatkan barangan yang terbaik. Tidak perlu untuk saya terangkan lagi sebab saya pasti pembaca sudah faham.

E. Masalah Asas Ekonomi

Jangan keliru "Masalah ekonomi" dengan "Masalah asas ekonomi". Dua perkara ini saling berkait tapi jangan sekali-kali disamakan.

Terdapat 4 masalah asas ekonomi iaitu;
1. Apakah barangan yang hendak dikeluarkan
2. Berapakah barangan yang hendak dikeluarkan
3. Bagaimana barangan hendak dikeluarkan dan,
4. Untuk siapa barangan hendak dikeluarkan.

Saya akan mengunakan contoh anda sebagai pengeluar minuman berkarbonat.

a. Apakah barangan yang hendak dikeluarkan merujuk kepada jenis barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan masyarakat.

Contohnya, jika anda seorang pengeluar minuman berkarbonat, anda boleh mengeluarkan minuman Cola, Fepsi dan Panta. Jika dipasaran mendapat permintaan Cola pasti anda hanya mengeluarkan pengeluaran Cola dan bukannya Fepsi dan Panta. Hal ini bermaksud jenis barangan pengeluaran yang dikeluarkan adalah mengikut kehendak permintaan.

b. Berapakah barangan yang hendak dikeluarkan merujuk kepada kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan masyarakat.

Contohnya, jika di pasaraya Tesco meminta anda untuk mengeluarkan 10 carton Fepsi dan 15 carton Panta maka anda hanya mengeluarkan 10 carton Fepsi dan 15 carton Panta. Jika anda menghasilkan Cola atau mengeluarkan minuman Fepsi dan Panta lebih dari permintaan, maka anda terpaksa menyimpan stok tersebut kerana tidak mendapat permintaan.

c. Bagaimana barangan hendak dikeluarkan adalah merujuk kepada cara pengeluaran yang paling cekap. Masalah asas ini hanya berkait dengan berintensifkan buruh atau berinteksifkan modal. Intensif buruh bermaksud anda mengunakan tenaga kerja manusia manakala intensif modal anda mengunakan teknologi.

Contohnya, anda ingin membuka kilang di Vietnam. Bayaran upah buruh disana adalah lebih murah berbanding anda membawa masuk teknologi ke kilang anda di Vietnam. Maka, anda harus mengunakan intensif buruh dan bukan intensif modal. Berbeza pula jika anda membuka kilang di Jepun, penggunaan teknologi adalah lebih murah berbanding kadar upah buruh disana, maka anda mengunakan intensif modal untuk pengeluaran minuman berkarbonat.

d. Untuk siapa barangan hendak dikeluarkan merujuk kepada pengagihan barangan kepada masyarakat mengikut corak agihan pendapatan dan kuasa beli.

Contohnya, jika anda mengeluarkan minuman berkarbonat untuk masyarakat di perkampungan, pasti barangan anda kurang laku atau tidak laku disebabkan oleh permintaan yang rendah. Manakala jika anda mengeluarkan minuman berkarbonat untuk masyarakat di bandar pasti barangan anda laku. Perkara ini boleh dikaitkan dengan corak agihan pendapatan yang lebih banyak untuk masyarakat di bandar berbanding masyarakat yang di kampung. Hal ini menyebabkan kuasa beli masyarakat di bandar lebih tinggi berbanding masyarakat di kampung. Maka anda akan mengeluarkan minuman berkarbonat yang lebih banyak kepada masyarakat di bandar berbanding masyarakat di kampung.

F. Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

Definisi KKP ialah rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh pengeluar berasaskan faktor-faktor pengeluaran sedia ada pada tingkat teknologi tertentu. (Definisi anda terpaksa hafal, tak boleh nak buat apa)

Untuk KKP, terdapat beberapa andaian yang ada kene hafal dan faham. Saya senaraikan dahulu andaian-andaianya.
1. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barangan
2. Faktor pengeluaran yang dimiliki adalah tetap
3. Tahap teknologi adalah tetap dan,
4. Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh (tahap penggunaan buruh paling optimum)

Untuk anda memahami andaian-andaian ini, anda kena pastikan skop anda melihat selari dengan mikroekonomi. Hal ini bermaksud skop yang kecil dan bukan meluas. Anda cuba kaitkan dengan perniagaan yang kecil seperti penjual burger.
Andaian 1, anda hanya menjual burger daging biasa dan burger ayam biasa sahaja.
Andaian 2, bahan masakan burger anda adalah tetap.
Andaian 3, anda hanya mengunakan gas stove, spatula, dan kedai bergerak (anda tak mengunakan robot) dan,
Andaian 4, anda tidak mengupah orang lebih dari seorang. (Rasanya tak pernah tengok gerai burger ada 20 orang pekerja)

Terdapat dua jenis keluk KKP iaitu KKP dan KKP Malar. Untuk bezakan kedua-dua jenis KKP ini, anda harus kaitkan dengan permasalahan di kedai burger.
-Saya andaikan untuk KKP, peniaga mempunyai masalah untuk memasak burger ayam lebih cepat berbanding burger daging.
-Saya andaikan untuk KKP Malar pula, peniaga mempunyai masalah hanya ada 10 bun roti yang sempat dibeli.

Penerangan KKP lebih mudah jika menggunakan jadual dan graf.

Jadual 1.



KombinasiBurger AyamBurger Daging
A100
B82
C64
D45
E26
F07

Graf 1

Berdasarkan Jadual 1 dan Graf 1 menunjukkan;
Kombinasi A,B,C,D,E,F adalah pada penggunaan keseluruhan faktor pengeluaran dan ianya adalah pada tahap pengeluaran maksimum.

Contoh;
Pada kombinasi A - keseluruhan bahan untuk memasak burger digunakan untuk memasak semua burger ayam sahaja

Pada kombinasi B - keseluruhan bahan masakan digunakan untuk memasak 8 biji burger ayam dan 2 bij burger daging

Pada kombinasi D - keseluruhan bahan masakan digunakan untuk memasak 4 biji burger ayam dan 5 biji burger daging

Pada kombinasi F  - keseluruhan bahan masakan digunakan untuk memasak semua burger daging sahaja

Contoh, peniaga tidak sempat untuk masak kuantiti yang sama bagi burger ayam dan burger daging pada masa operasi perniagaannya. Maka, peniaga tersebut terpaksa mengurangkan bilangan burger ayam untuk masak burger daging. Begitu jika dia ingin memasak burger ayam, dia terpaksa mengurangkan bilangan burger daging.

KKP Malar

-Saya andaikan untuk KKP Malar pula, peniaga mempunyai masalah hanya ada 10 bun roti yang sempat dibeli.

Jadual 2

KombinasiBurger AyamBurger Daging
A100
B82
C64
D46
E28
F010

Graf 2



Jadual 2 dan graf 2 menunjukkan kombinasi A,B,C,D,E,F penggunaan keseluruhan faktor pengeluaran dan ianya adalah pada tahap pengeluaran maksimum.


Contoh;

Pada kombinasi A - kesemua bahan masakan digunakan untuk memasak burger ayam sahaja

Pada kombinasi B - kesemua bahan masakan digunakan untuk memasak 8 burger ayam dan 2 burger daging

Pada kombinasi C - kesemua bahan masakan digunakan untuk memasak 6 burger ayam dan 4 burger daging

Pada kombinasi F - kesemua bahan masakan digunakan untuk memasak burger daging sahaja

Contoh, jika perniaga pada hari berniaga hanya sempat membeli 10 bun roti, maka hanya 10 biji burger dapat dihasilkan. Sama seperti KKP, jika perniaga ingin memasak burger ayam, maka kuantiti burger daging perlu dikurangkan. Begitu juga jika dia ingin masak burger daging, maka burger ayam perlu dikurangkan.

PERBEZAANNYA! Cuba anda lihat dan bandingkan kedua-dua jadual dahulu. Anda dapat lihat pertambahan burger ayam di jadual 1 tidak sama dengan pengurangan burger daging. Manakala di jadual 2, pertambahan burger ayam sama dengan pengurangan  burger daging. Contoh, di jadual KKP Malar, pertambahan 2 burger ayam menyebabkan pengurangan 2 burger daging.

PERBEZAANNYA! Anda lihat dan bandingkan pula pada graf 1 dan 2, anda dapat lihat bahawa graf KKP berbentuk cembung manakala KKP Malar straight. Kerana, kos lepas bagi KKP adalah tidak sama manakala kos lepas bagi KKP Malar adalah sama.

Bagaimana pula jika....
Graf 3  

Situasi X dan Y menunjukkan keadaan apabila kombinasi tidak menggunakan kesemua faktor pengeluaran dan kombinasi yang tidak dapat dicapai respectively. 

-Pada titik X, kombinasi ini tidak menggunakan kesemua faktor pengeluaran menyebabkan berlaku pengangguran dan pembaziran sumber
-Pada titik Y pula, kombinasi ini tidak dapat dicapai kerana kekurangan faktor pengeluaran.

Penyelesaian bagi titik X ialah menambahkan produksi satu barang atau kedua-dua barangan. Contoh jika kita guna contoh yang sama, pada titik X perniaga tidak memasak kesemua target burger yang ingin dijual. Maka stok patty burger masih lagi berbaki. Untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh, dia harus menambah kuantiti burger ayam atau daging atau kedua-duanya sekali.

-Jika dia beralih mengikut arrow ke atas, maknanya dia menambah bilangan burger ayam.
-Jika dia beralih mengikut arrow ke kanan, maknanya dia menambah bilangan burger daging dan,
-Jika dia beralih mengikut arrow condong, maknanya dia menambah bilangan kedua-dua burger.

Keluk KKP boleh beralih juga, antara ke kiri atau kanan. Saya akan berikan penjelasan keluk beralih ke kanan dan anda perlu membuat penjelasan keluk beralih ke kiri di comment.

Graf 4
Peralihan keluk boleh berlaku jika terdapat peningkatan teknologi atau perjumpaan sumber faktor pengeluaran baru

Contoh, peralihan keluk dari keluk A ke keluk B adalah disebabkan oleh penggunaan gas stove yang cepat panas. Maka masa untuk memasak patty burger lebih cepat. Keluaran kedua-dua jenis burger dapat meningkat.

Graf 5

Peralihan keluk juga boleh berlaku hanya pada satu item. Kemungkinan disebabkan oleh penggunaan teknologi baru dan perjumpaan sumber faktor pengeluaran yang baru.

Contohnya, penggunaan patty daging brand Dimas telah ditukar dengan penggunaan patty daging brand Ayamis kerana patty cepat masak. Hal ini menyebabkan pengeluaran burger daging sahaja dapat ditingkatkan. 

Saya akan sambung subtajuk akhir di post akan datang.
Terima kasih dan selamat maju jaya!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah itu ekonomi

Ekonomi STPM Penggal 1 Bab 1