Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Ekonomi Penggal 1 Bab 2

Imej
  Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Saya akan teruskan dengan bab 2 penggal 1 mikroekonomi untuk post kali ini. Mari kita mulakan! Permintaan Kita akan mulakan dengan permintaan. Apakah itu permintaan? Secara takrifnya, permintaan bermaksud kuantiti barangan atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dibeli pada suatu tingkat harga tertentu dan pada tempoh masa tertentu. Permintaan mempunyai hukum iaitu kuantiti dan harga mempunyai hubungan sonsang . Hal ini bermaksud jika harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun dan sebaliknya. Untuk bab ini, istilah “ceteries peribus” digunakan. Ia membawa maksud hanya satu faktor yang diambil kira dan tidak mengambil kira faktor lain. Kita akan pergi secara slow untuk faktor-faktornya nanti. Keluk permintaan Seperti yang telah saya nyatakan di atas, bab 2 ini akan anda pelajari tentang graf. Keluk permintaan ini merupakan satu garisan yang akan menunjukkan kedudukan harga dan kuantiti permintaan....

Pengenalan kepada ekonomi penggal 1 bab 2 STPM

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Untuk post kali ini saya akan sambung dengan bab 2 penggal 1 mikroekonomi. Bab ini adalah bab yang paling panjang dan penting bagi penggal 1. Saya sarankan anda betul-betul memahami bab ini kerana ianya sangat penting dan menarik untuk anda fahami dan pelajari. Bab ini penuh dengan graf yang perlu and hafal kedudukan dan hafal kegunaannya. Setiap graf yang dilukis berbeza dari graf yang lain dan mewakili status yang berbeza. Bab ini juga akan digunakan dan berkaitan dengan bab yang akan datang. Jadi belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk memahami dan pelajari bab ini. Di dalam post bab 1 penggal 1, saya ada menyatakan tentang kos lepas, permintaan dan penawaran. Dalam bab satu anda pelajari lapisan luar atau hanya tahu secara ekspilit tetapi dalam hal ini kita akan mendalami istilah-istilah ini secara implisit. Jadi untuk post kali ini, saya akan terangkan secara ringkas apa itu penawaran dan permintaan. Saya akan menggun...

Perbincangan tentang sistem ekonomi

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Di post sebelum ini ( Penggal 1 Bab 1 Part 3), saya ada menerangkan tentang sistem-sistem ekonomi yang digunakan oleh negara-negara tertentu didunia. Tujuan post ini adalah untuk menarik perhatian pembaca tentang menariknya subjek ekonomi ini. Sistem Kapitalis Untuk permulaan, mari kita bincangkan tentang sistem ekonomi kapitalis. Antara negara yang menggunakan sistem ini ialah Amerika Syarikat. Sistem ini jika dilihat secara amnya tampak menarik kerana mampu menjamin kekayaan kepada pengeluar. Tetapi secara realiti, tidaklah seindah itu. Mengapa? Di Amerika, disebabkan sistem ekonomi ini pihak swasta cuba sedaya upaya untuk membolot kekayaan dari rakyat tanpa memikirkan kesan buruk dalam masa jangka pendek mahupun panjang. Saya ingin menceritakan kepada anda, berlaku di Amerika Syarikat dimana berlakunya “Opioid epedemic”. Apa itu opioid? Opioid merupakan sejenis dadah yang digunakan secara medical untuk menahan sakit, terdap...