Pengenalan kepada ekonomi penggal 1 bab 2 STPM

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca.

Untuk post kali ini saya akan sambung dengan bab 2 penggal 1 mikroekonomi. Bab ini adalah bab yang paling panjang dan penting bagi penggal 1. Saya sarankan anda betul-betul memahami bab ini kerana ianya sangat penting dan menarik untuk anda fahami dan pelajari.

Bab ini penuh dengan graf yang perlu and hafal kedudukan dan hafal kegunaannya. Setiap graf yang dilukis berbeza dari graf yang lain dan mewakili status yang berbeza. Bab ini juga akan digunakan dan berkaitan dengan bab yang akan datang. Jadi belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk memahami dan pelajari bab ini.

Di dalam post bab 1 penggal 1, saya ada menyatakan tentang kos lepas, permintaan dan penawaran. Dalam bab satu anda pelajari lapisan luar atau hanya tahu secara ekspilit tetapi dalam hal ini kita akan mendalami istilah-istilah ini secara implisit.

Jadi untuk post kali ini, saya akan terangkan secara ringkas apa itu penawaran dan permintaan. Saya akan menggunakan contoh yang ringkas, iaitu seorang ayah dan anak. Seorang ayah memberikan penawaran untuk kenaikan duit poket anaknya dari RM 2 sehari kepada RM 3. Manakala anaknya membuat permintaan untuk meningkatkan duit poket dari RM 2 kepada RM 5. Maksud yang saya cuba sampaikan kepada pembaca, penawaran ini dibuat oleh pengeluar kepada pembeli. Manakala permintaan pula dibuat oleh pembeli untuk pengeluar.

Aik? Sudah pening kah? Jangan pening-pening. Saya bagi contoh di atas sebenarnya memang sengaja untuk peningkan anda. Kali ini saya bagi contoh yang mudah, situasi seorang pembeli meminta harga di pasar malam. Contoh, Haslinda pergi ke pasar malam untuk mendapatkan harga meggi samyang durian cheese milo paling murah. Perniaga meletakkan harga (penawaran) satu paket mee samyang durian cheese milo dengan harga RM 10. Haslinda sebagai pembeli, meminta (permintaan) untuk harga sepaket dijual kepadanya dengan harga RM 6.

Itu sahaja untuk pengenalan bab 2, insyallah saya akan terangkan bab 2 pada post akan datang
Terima kasih dan selamat maju jaya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah itu ekonomi

Ekonomi STPM Penggal 1 Bab 1 Part 2

Ekonomi STPM Penggal 1 Bab 1