Ekonomi Penggal 1 Bab 2
Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca.
Saya akan teruskan dengan bab 2 penggal 1 mikroekonomi untuk post kali ini. Mari kita mulakan!
Permintaan
- Kita akan mulakan dengan permintaan. Apakah itu permintaan? Secara takrifnya, permintaan bermaksud kuantiti barangan atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dibeli pada suatu tingkat harga tertentu dan pada tempoh masa tertentu.
- Permintaan mempunyai hukum iaitu kuantiti dan harga mempunyai hubungan sonsang. Hal ini bermaksud jika harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun dan sebaliknya. Untuk bab ini, istilah “ceteries peribus” digunakan. Ia membawa maksud hanya satu faktor yang diambil kira dan tidak mengambil kira faktor lain. Kita akan pergi secara slow untuk faktor-faktornya nanti.
Keluk permintaan
- Seperti yang telah saya nyatakan di atas, bab 2 ini akan anda pelajari tentang graf. Keluk permintaan ini merupakan satu garisan yang akan menunjukkan kedudukan harga dan kuantiti permintaan. Secara takrifannya, keluk permintaan ialah keluk yang menunjukkan kuantiti barang yang diminta oleh seseorang pengguna pada suatu tingkat harga tertentu.
Jadual dan graf
Saya akan menunjukkan contoh melalui graf dan jadual seperti di bawah. Qd bermaksud quantity demand.
Harga (RM)
|
Kuantiti diminta (Qd) (Unit)
|
Titik
|
1
|
15
|
c
|
2
|
10
|
b
|
3
|
5
|
a
|
- Kita akan bincangkan tentang graf terlebih dahulu, graf ini telah mengambarkan keseluruhan situasi dimana anda perlu pastikan ia mengikut hukum seperti di awal post iaitu harga dan kuantiti perlu berhubungan sonsang. Jika dilihat pada jadual, semakin meningkat harga semakin menurun kuantiti diminta.
- Dinasihatkan jangan gunakan “lebih kurang” saya tekankan, jangan sekali-kali guna “lebih kurang”!!
- Pada harga RM1.00, kuantiti diminta 15 unit, iaitu pada titik c
- Kenaikan harga dari RM1.00 kepada RM2.00 menyebabkan kuantiti menurun dari 15 unit kepada 10 unit pada titik b.
- Apabila harga pada RM3.00, kuantiti diminta menurun kepada 5 unit pada titik a.
- Dan jika diterbitkan dari jadual Qd seperti diatas, maka terhasillah graf Qd.
Permintaan individu
- Permintaan individu membawa maksud jumlah kuantiti permintaan seorang pengguna pada tingkat harga tertentu dan pada tempoh masa tertentu.
Permintaan pasaran
- Perlu ingat bahawa kuantiti diminta mengambil kira bukan seorang sahaja pengguna, tetapi sekumpulan pengguna.
- Permintaan yang dinyatakan adalah untuk menunjukkan keadaan pasaran dan bukannya permintaan individu.
- Jika anda pernah membuat survey, boleh saya katakan sama iaitu mengambil kira semua pandangan masyarakat untuk menghasilkan satu konklusi.
Harga (RM)
|
Kuantiti Diminta (Qd) (unit)
| ||
Daud
|
Samsul
|
Pasaran
| |
1
|
10
|
5
|
15
|
2
|
6
|
4
|
10
|
3
|
4
|
1
|
5
|
- Berdasarkan jadual di atas, kedudukan kuantiti diminta pasaran adalah mengambil kira kesemua pengguna.
- Sebagai contoh untuk mendapatkan kuantiti diminta pasaran, kuantiti diminta individu (Daud dan Samsul) ditambah.
Fungsi Permintaan
- Fungsi disini adalah sama seperti anda belajar sewaktu di matapelajaran matematik dan matematik tambahan di zaman form 4 dan form 5.
- Fungsi permintaan membawa maksud persamaan yang menunjukkan hubungan antara kuantiti barang diminta pada pelbagai tingkat harga.
- Fungsi permintaan ialah;
Qd = a - bPx
Qdx = kuantiti diminta brg X
a = pintasan pada paksi kuantiti
b = kecerunan
Px = harga barang X
Itu sahaja untuk post kali ini, insyallah saya akan teruskan pada post akan datang.
Terima kasih dan selamat maju jaya!
Ulasan
Catat Ulasan