Perbincangan tentang sistem ekonomi

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca.

Di post sebelum ini ( Penggal 1 Bab 1 Part 3), saya ada menerangkan tentang sistem-sistem ekonomi yang digunakan oleh negara-negara tertentu didunia. Tujuan post ini adalah untuk menarik perhatian pembaca tentang menariknya subjek ekonomi ini.

Sistem Kapitalis
Untuk permulaan, mari kita bincangkan tentang sistem ekonomi kapitalis. Antara negara yang menggunakan sistem ini ialah Amerika Syarikat. Sistem ini jika dilihat secara amnya tampak menarik kerana mampu menjamin kekayaan kepada pengeluar. Tetapi secara realiti, tidaklah seindah itu. Mengapa? Di Amerika, disebabkan sistem ekonomi ini pihak swasta cuba sedaya upaya untuk membolot kekayaan dari rakyat tanpa memikirkan kesan buruk dalam masa jangka pendek mahupun panjang.

Saya ingin menceritakan kepada anda, berlaku di Amerika Syarikat dimana berlakunya “Opioid epedemic”. Apa itu opioid? Opioid merupakan sejenis dadah yang digunakan secara medical untuk menahan sakit, terdapat dalam ubat tahan sakit. Kekuatan opioid adalah lebih tinggi kesannya kepada pengguna dari heroin dan ianya ketagih. Jika kita selami jiwa pengguna dadah, jika mereka sudah selesa dengan certain level of highness, mereka akan mencari bahan kimia lain yang lebih tinggi dos untuk mencapai bintang dilangit. Jadi ia merupakan lumrah atau realiti pengguna dadah sintetik untuk mencuba bahan terlarang yang lebih kuat.

Mari kita teruskan perbincangan. Syarikat pembuatan ubat tahan sakit telah menggunakan opioid sebagai bahan dalam ubat mereka. Mereka mengiklankan bahawa dengan menggunakan ubat ini mampu merawat 1001 penyakit. Klinik dan hospital juga mensarankan penggunaan ubat ini kepada pesakit mereka. Rakyat marhein yang tiada pengetahuan tentang ubat ini membeli dan mempercayai saranan doktor serta apa yang telah di iklankan. Perkara ini telah menyebabkan pengeluaran yang banyak dari pihak pengeluar diatas permintaan yang tinggi. Masyarakat menjadi ketagih dengan opioid. Anda bayangkan jika satu pekan yang dulunya aman kini disebabkan oleh pengaruh dadah menyebabkan pekan yang dulunya indah kini menjadi huru-hara. Jika anda rajin, cubalah tonton video documentary di youtube, saya minat “Vice”. Anda boleh lihat bagaimana sekelompok penagih membuat social group mereka sendiri di tempat terpencil, hanya sehelai sepinggang, duduk di khemah, berpenyakit dan kondisi tempat tinggal yang begitu teruk. Bagai di slum. Sungguh pilu. Mereka lebih inginkan bahan kimia yang merosakkan diri dari makanan dan minuman. Inilah antara perkara yang boleh berlaku apabila kerajaan tidak mencampurtangan dalam hal pihak swasta.

Selain itu keburukan sistem kapitalis ini menyebabkan pelbagai kerosakan alam. Untuk pengetahuan anda, syarikat Coca-Cola telah membuka kilang mereka di Brazil. Pihak kilang dengan semena-mena membuang sisa toksik ke sungai yang menjadi sumber air kepada sebuah perkampungan. Anda pasti tahu bagaimana hectic -nya pencemaran sungai di Johor yang menyebabkan 9 buah sekolah ditutup. Teruk bukan? Ehh, kenapa kilang Coca-Cola ada bahan toksik pula? Kita minum ok je? Jika anda tidak tahu, minuman berkarbonat menggunakan gas CO2 atau tulisannya karbon diokisida. Gas ini terdapat jika anda hembus nafas. Untuk pengetahuan anda gas ini telah digunakan oleh pihak pengilang dengan kekuatan dan kepekatan yang tinggi. Anda boleh lihat air Coca-Cola boleh cuci tandas dan buang karat, ini bermaksud air itu berasid. Dan anda bayangkan bagaimana jika gas itu yang telah dimampatkan menjadi cecair dilepaskan ke sungai. Hidupan sungai pasti mati, air tercemar, manusia juga boleh mati. Hal ini berlaku disebabkan oleh tiada campur tangan kerajaan.

Kerajaan China ialah sebuah negara komunis. Tapi mereka mengunakan polisi pasaran terbuka. Hal ini bermaksud kerajaan tidak memiliki sumber ekonomi dan pihak swasta yang menentukan keputusan ekonomi. Jika anda lihat bagaimana teruknya kondisi udara, darat dan air di China pasti anda bersyukur tinggal di Malaysia. Jerebu mereka berkali-kali lebih teruk dari negara kita alami kerana ia disebabkan oleh pelepasan gas toksik dari kilang-kilang. Anda pasti tahu setiap barangan yang anda guna dan miliki adalah buatan dari negara China. Saya ingin tunjukkan bagaimana banyaknya kilang yang beroperasi di sana. Anda sebut apa sahaja benda yang dibuat oleh manusia di dunia ini, pasti buatan China.

Mengapa di post sebelum ini saya ada katakan wujudnya monopoli? Monopoli ini disebabkan oleh penguasaan sesebuah syarikat dalam industri. Sebagai contoh di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad merupakan salah sebuah syarikat monopoli. Apa kesannya monopoli? Mereka boleh meletakkan harga  sesuka hati mereka tanpa dipengaruhi permintaan. Hal ini kerana hanya satu syarikat tunggal atau dalam kes ini syarikat yang besar menguasai industri. Mereka mempunyai kekayaan dan kemampuan untuk menjunamkan harga di pasaran. Contoh, jika syarikat AEON membuka pusat membeli belah dikampung, pasti penduduk kampung tersebut membeli barangan keperluan dan melepak di sana disebabkan perkhidmatan yang ditawarkan lebih baik serta harga barangan yang lebih murah berbanding di kedai runcit.

Perkara ini juga mendorong kematian perniaga kecil. Disebabkan oleh persaingan yang tidak seimbang di pasaran, perniaga kecil tidak dapat menandingi jualan dan kekuatan syarikat besar di pasaran. Dan akhirnya perniaga kecil terpaksa “gulung tikar” (boleh pakai terma ni dalam jawapan). Jika anda ambil matapelajaran sejarah, anda akan belajar tentang ekonomi di Amerika dimana syarikat petroleum yang besar menguasai pasaran dan menyebabkan perniaga kecil tidak dapat bersaing. Anda cuba kaitkan.

Sistem Perancangan Pusat
Seterusnya, sistem ekonomi perancangan pusat secara ideologi dan praktiknya kerajaan mengawal ekonomi negara.  Antara negara yang masih mengamalkan sistem ekonomi ini ialah Korea Utara dan Russia. Anda sendiri boleh lihat di media sosial bagaimana kesengsaraan rakyat bawahan di negara Korea Utara, sehingga digambarkan makan rumput. Harus ingat, tidak semestinya sesuatu idea boleh mudah dipraktikkan. Sebagai contoh sistem perancangan pusat, Thomas Sowell dalam bukunya Basic Economics mengatakan bahawa kerajaan mengawal kesemua harga barangan dalam negara. Bayangkan barangan di negara dari sebatang mancis hingga sebuah bangunan ditentukan oleh kerajaan. Pasti tidak efektif dan tidak efisien.

Selain itu juga, kekurangan sistem ini ialah ekonomi sukar untuk berkembang kerana aktiviti pihak swasta yang minimal disebabkan oleh pelaburan dari negara luar yang kurang. Hal ini kerana syarikat dari luar negara kurang yakin dengan kerajaan komunis disebabkan dasar negara oleh mudah ditukar dan kilang serta peralatan dan hak swasta adalah milik kerajaan. Hal ini bermaksud jika anda seorang pencipta, setiap ciptaan anda bukanlah milik anda, tetapi anda “baik hati” untuk hasilkan kepada kerajaan. Jika anda baca sejarah penghasilan senjatara M-16 (buatan Amerika) dan AK-47 (buatan Russia) anda dapat lihat bagaimana perbezaan penerimaan ganjaran dari kerajaan dan syarikat pengeluar senjata. Pencipta M-16, Eugene Morrison Stoner mendapat habuan yang banyak dari kerajaan Amerika manakala pencipta AK-47, Mikhail T. Kalashnikov hanya mendapat anugerah dari kerajaan.

Seterusnya, kekurangan yang berlaku dalam sistem ekonomi ini ialah penciptaan yang minimal oleh pihak syarikat swasta. Hal ini kerana setiap ciptaan yang dibuat perlu mendapat keputusan berlapis-lapis agensi kerajaan atau dikenali sebagai birokrasi. Sebagai contoh, jika anda pergi ke Al-IkhsaN untuk membeli barangan sukan, pasti kasut, baju sukan, seluar sukan yang anda pergi sekarang tidak sama dengan barangan yang dijual pada sebulan atau dua bulan lepas. Tetapi jika anda pergi ke kedai sukan di negara yang mengamalkan sistem ini akan mengekalkan barangan jualan yang sama disebabkan ciptaan barangan baru yang lambat. Thomas Sowell menyatakan dalam buku Basic Economics mengatakkan terdapat lawatan dari negara US ke Russia. Pemerhatian yang dibuat adalah terdapat barisan yang panjang disebuah kedai kerana rekaan seluar dalam baharu.

Sistem Campuran
Dan akhir sekali sistem ekonomi campuran. Pada pandangan saya jika dibandingkan ketiga-tiga sistem, sistem campuran merupakan sistem yang paling efektif dan efisien. Kekurangan kedua-dua sistem adalah “check and balance” sebab pihak swasta di sistem kapitalis tidak bekerjasama dengan pihak kerajaan manakala pihak kerajaan di sistem perancangan pusat mengawalkan ekonomi negara. Berbeza dengan sistem campuran, pihak kerajaan dan pihak swasta berkerjasama. Sebagai contoh, jika kerajaan ingin melaksanakan projek mega, kerajaan akan menaja projek tersebut manakala pihak swasta melaksanakan projek tersebut. Hal ini bermaksud projek mega dapat disiapkan, memberi keuntungan kepada kerajaan manakala pihak swasta mendapat keuntungan.

Implikasi “check and balance” yang lain ialah dalam sistem campuran, pihak kerajaan, pihak swasta serta rakyat marhein mempunyai pilihan. Kita mula dengan rakyat marhein, jika anda seorang peminat gadget, pasti anda boleh senarai banyak jenama gadget yang dijual di pasaran Malaysia. Dan juga anda boleh membeli gagdet yang sesuai dengan kemahuan anda. Sebagai contoh, jika anda mahukan telefon pintar yang memiliki ram besar, anda boleh membeli Razer phone, manakala jika anda mahukan telefon pintar yang mempunyai camera yang cantik, anda boleh beli Google Pixel 3 atau Asus Zenfone 6. Bagi pihak swasta pula, mereka mempunyai hak pengeluaran untuk mengeluarkan produk mereka dan tidak mempunyai paksaan dari pihak kerajaan. Sebagai contoh, jika anda penjual goreng-gorengan, pisang goreng  mendapat permintaan yang banyak manakala pisang goreng milo durian cheese tiada permintaan, pasti anda sebagai pengeluar yang bijak akan meningkatkan pengeluaran pisang goreng dan anda juga boleh memberhentikan pengeluaran pisang goreng milo durian cheese. Bagi pihak kerajaan pula, jika sesuatu projek hendak dibuat, tender terbuka boleh dibuat. Hal ini bermaksud, semua kontraktor boleh membida untuk membuat projek tersebut dengan kata lain pihak kerajaan mempunyai pilihan untuk mendapat kontraktor yang terbaik untuk penghasilan projek.

Apa yang saya meleter panjang ini ialah untuk memberikan gambaran bahawa sistem ini tidak menekan mana-mana pihak untuk memilih atau membuat keputusan. Sebagai contoh jika di sistem perancangan pusat, pihak swasta perlu mendapatkan persetujuan pihak tertinggi kerajaan dalam melaksanakan sesuatu produksi. Hal ini bermakna pihak swasta tidak bebas untuk mengeluarkan produk atau ciptaan baharu mereka. Selain itu jika di sistem ekonomi kapitalis, sesuatu tindakan yang boleh mengakibatkan eksternealiti negatif sukar ditanggani oleh pihak kerajaan kerana kerajaan sukar untuk mencampuri urusan pihak swasta.

Itu sahaja untuk post kali ini, insyallah saya akan sambung kepada bab 2 pada post akan datang.
Terima kasih dan selamat maju jaya!


x

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah itu ekonomi

Ekonomi STPM Penggal 1 Bab 1 Part 2

Ekonomi STPM Penggal 1 Bab 1