Ekonomi Penggal 1 Bab 1 Part 3
Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Mari kita sambung kepada last subtopik bagi bab 1. G. Sistem Ekonomi G. Sistem Ekonomi Sistem ekonomi merupakan cara sesebuah negara menyelesaikan masalah ekonomi. Sistem-sistem ini digunakan berdasarkan politik dan sistem ekonomi yang digunakan. Terdapat 3 jenis sistem ekonomi yang akan pelajari, iaitu; Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam (hampir sama campuran) Saya akan terangkan kepada anda satu demi satu idea sistem ini dan akhir sekali kita akan bandingkan kebaikan dan keburukan sistem ini. 1. Sistem Ekonomi Kapitalis Dalam sistem ini, tiada campur tangan kerajaan dalam membuat keputusan ekonomi Pengeluaran barangan dan perkhidmatan ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran (anda akan belajar pada bab 2 nanti) Matlamat sistem ini ialah pihak swasta dapat memaksimumkan keuntungan, dan mewujudkan pe...