Ekonomi Penggal 1 Bab 1 Part 3
Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca.
Mari kita sambung kepada last subtopik bagi bab 1.
G. Sistem Ekonomi
Tamat untuk bab 1, Insyallah saya akan sambung bab 2 di post akan datang
Terima kasih dan selamat maju jaya
Mari kita sambung kepada last subtopik bagi bab 1.
G. Sistem Ekonomi
G. Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi merupakan cara sesebuah negara menyelesaikan masalah ekonomi. Sistem-sistem ini digunakan berdasarkan politik dan sistem ekonomi yang digunakan. Terdapat 3 jenis sistem ekonomi yang akan pelajari, iaitu;
- Sistem ekonomi kapitalis
- Sistem ekonomi perancangan pusat
- Sistem ekonomi campuran
- Sistem ekonomi Islam (hampir sama campuran)
Saya akan terangkan kepada anda satu demi satu idea sistem ini dan akhir sekali kita akan bandingkan kebaikan dan keburukan sistem ini.
1. Sistem Ekonomi Kapitalis
- Dalam sistem ini, tiada campur tangan kerajaan dalam membuat keputusan ekonomi
- Pengeluaran barangan dan perkhidmatan ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran (anda akan belajar pada bab 2 nanti)
- Matlamat sistem ini ialah pihak swasta dapat memaksimumkan keuntungan, dan mewujudkan persaingan dalam pasaran
- Pemilikan sumber ekonomi adalah sepenuhnya oleh pihak swasta
- Keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta
2. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
- Dalam sistem ini, kerajaan memiliki kuasa penuh dalam membuat keputusan ekonomi
- Matlamat sistem ini ialah pihak kerajaan dapat memaksimumkan kebajikan rakyat
- Pemilikan sumber ekonomi adalah sepenuhnya oleh pihak kerajaan
- Keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak kerajaan
3. Sistem Ekonomi Campuran
- Dalam sistem ini, kerajaan mempunyai kuasa dalam mencampuri urusan pihak swasta
- Matlamat sistem ini ialah pihak kerajaan dapat memaksimumkan keuntungan manakala pihak swasta memaksimumkan keuntungan
- Pemilikan sumber ekonomi oleh pihak swasta dan pihak kerajaan
- Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak kerajaan dan mekanisme harga, kerana pemilikan sumber ekonomi adalah oleh pihak kerajaan dan swasta
- Pihak swasta bebas bersaing tetapi dikawal oleh kerajaan.
Kesimpulan ringkas
Jenis sistem
|
Matlamat
|
Pemilikan sumber ekonomi
|
Keputusan ekonomi
|
Kapitalis
|
Swasta memaksimumkan keuntungan
|
Swasta
|
Swasta, mekanisme harga
|
Perancangan Pusat
|
Kerajaan memaksimumkan kebajikan
|
Kerajaan
|
Kerajaan
|
Campuran
|
Swasta memaksimumkan keuntungan dan kerajaan memaksimumkan kebajikan
|
Kerajaan dan swasta
|
Kerajaan, mekanisme harga
|
Kebaikan
1. Sistem Ekonomi Kapitalis
- Mementingkan kebajikan pengguna, sebab individu bebas membuat keputusan dan kepuasan dapat dimaksimumkan
- Mengalakkan persaingan, firma terus bersaing dalam meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran
- Mengalakkan perkembangan teknologi, bagi menjimatkan kos pengeluaran dan mengunakan sumber ekonomi secara efisien
- Kebebasan dalam melakukan kegiatan ekonomi antara pengguna dan pengeluar
- Pasaran memberi maklumat yang tepat kepada pengeluar, iaitu maklumat permintaan yang digunakan untuk menentukan jumlah pengeluaran
2. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
- Pengagihan pendapat saksama, semua rakyat mendapat bayaran upah yang sama, jurang pendapatan kecil
- Penggunaan sumber ekonomi yang cekap kerana pengeluaran barangan dikawal oleh kerajaan
- Kebajikan dimaksimumkan, kerajaan mengalakkan pengeluaran barangan awam
- Keadaan ekonomi stabil kerana keputusan ekonomi tidak ditentukan oleh mekasnisme harga dan pasaran ditentukan oleh kerajaan
- Harga dan kos barangan lebih murah, kerana tiada persaingan dalam pengeluaran
3. Sistem Ekonomi Campuran
- Wujudnya motif “win-win situation” dimana pihak swasta dapat memaksimumkan keuntungan manakala pihak kerajaan dapat memaksimumkan kebajikan
- Keadaan ekonomi boleh dikawal kerana kerajaan dapat meransang ekonomi jika berlakunya inflasi atau deflasi
- Mengalakkan penggunaan teknologi, kerana pihak swasta bersaing bagi meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran
- Keadaan ekonomi terkawal kerana pihak swasta tertakluk kepada undang-undang kerajaan
Keburukan
- Sistem Ekonomi Kapitalis
- Barang awam tidak disediakan kerana pihak swasta bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan
- Keadaan ekonomi tidak stabil kerana ditentukan oleh mekanisme harga
- Jurang pendapatan yang besar
- Mewujudkan monopoli, dimana syarikat besar hanya boleh bertahan
- Kesan luaran/eksternaliti negatif kerana keuntungan menyebabkan tanggungjawab sosial terabai
2. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
- Tiada peluang untuk mengumpul kekayaan kerana kadar upah yang sama
- Pekerja kurang motivasi untuk bekerja keras kerana kadar upah yang sama
- Pembaziran sumber kerana kerajaan memilih untuk mengunakan insentif buruh berbanding insentif modal dan menyebabkan daya pengeluaran lemah
- Pentadbiran kurang efisien kerana wujud birokrasi
Tamat untuk bab 1, Insyallah saya akan sambung bab 2 di post akan datang
Terima kasih dan selamat maju jaya
Ulasan
Catat Ulasan