Ekonomi Penggal 1 Bab 2 Part 2
Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca.
Saya akan sambung lagi pada post kali ini untuk bab 2.
Penentu-penentu permintaan
Atau faktor-faktor permintaan. Subtopik ini akan membincangkan apa punca-punca yang menyebabkan permintaan berubah. Saya akan cuba terangkan dan berikan contoh untuk anda mudah faham.
Faktor permintaan
Harga barang itu sendiri
Harga barang itu sendiri adalah disebabkan oleh perubahan harga barang itu. Contohnya jika anda ingin melihat perubahan permintaan bagi ikan kembung di pasar borong. Jika harga ikan menngkat, maka permintaan akan menurun. Secara kebiasaannya, jika peningkatan harga barang yang ingin anda beli, pasti anda kurangkan kuantiti atau anda tidak membelinya.
Harga barang lain ( penganti dan pengenap)
Barang penganti merujuk kepada barangan yang boleh diganti. Barangan penganti ialah barangan yang mempunyai sifat yang sama dimana barang utama boleh diganti dengan barang kedua. Contohnya, uncang teh boh dengan uncang teh liptop. Kedua-dua barangan berbeza ini mempunyai rasa yang sama. Jadi, jika berlaku peningkatan harga teh boh, peningkatan permintaan teh lipton akan berlaku, ceterus peribus. Hal ini disebabkan pembeli membeli barangan yang sama sifat tetapi lebih murah.
Barang pengenap merujuk kepada dua atau lebih barang yang mesti digunakan bersama. Barang pengenap ialah dimana barang utama perlu digunakan sekali dengan barang kedua. Contohnya, kereta dengan petroleum. Kereta memerlukan bahan bakar iaitu petroleum untuk bergerak, maka pasangan barang ini ialah barang pengenap. Jika berlaku peningkatan harga petroleum, maka permintaan terhadap kereta akan menurun, ceterus peribus.
Pendapatan
Pendapatan individu menyebabkan perubahan permintaan. Sebagai contoh, jika seorang individu mendapat peningkatan gaji menyebabkan dia membeli lebih barangan. Hal ini disebabkan oleh kemampuan membeli individu itu meningkat jika pendapatan meningkat. Maka, peningkatan pendapatan menyebabkan peningkatan permintaan, ceterus peribus.
Citarasa
Citarasa manusia berubah mengikut zaman dan “virality” produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh, sekarang menjadi trending di Malaysia untuk makan makanan biasa tetapi ditambah cheese, seperti meggi cheese, kuey teow cheese, nasi goreng cheese, dan pisang goreng cheese. Jika dahulunya cheese bukannya makanan yang sering dibeli, disebabkan oleh viral, maka cheese mendapat permintaan yang tinggi. Maka jika perubahan citarasa yang menyebabkan pembeli suka, maka permintaan akan meningkat, ceterus peribus.
Jangkaan masa depan
Jangkaan masa depan merujuk kepada target harga pasaran pada masa akan datang. Contoh yang paling mudah saya boleh berikan kepada pembaca ialah sewaktu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, kerajaan akan menetapkan harga baru bagi petroleum setiap minggu. Jadi apa pemerhatian anda jika harga pada minggu hadapan adalah lebih rendah dari harga semasa dan apa berlaku jika situasi yang sebaliknya?
Musim
Musim merujuk kepada trend pembelian masyarakat dan juga cuaca. Saya akan terangkan kepada dua point penting.
Trend pembelian
Jika anda perasan, trend masyarakat berubah pada setiap waktu. Jika kita mengikut perkembangan permainan kanak-kanak, dalam tahun 2013-2014, kanak-kanak lebih gemar untuk membeli basikal fixie iaitu basikal yang gunakan break mengikut kayuhan. Selepas itu, pada tahun 2016-2017, trend berubah kepada basikal lajak iaitu basikal modified untuk tujuan basikal yang laju mengikut momentum. Dan pada tahun 2019 pula, trend bayblade menjadi kegilaan kanak-kanak. Untuk mudah faham, jika sesuatu produk atau perkhidmatan menjadi trend masyarakat, permintaan akan meningkat.
Cuaca / Musim
Cuaca atau musim ini adalah disebabkan oleh faktor kedudukan negara kita di garisan dunia, dan negara kita terletak di garisan khatulistiwa. Ini bermaksud negara kita mengalami panas dan lembab sepanjang tahun. Namun yang demikian, negara kita juga mengalami musim tengkujuh sebagai contoh disebab oleh bawaan angin. Jadi, Jika berlaku musim tengkujuh, hujan lebat menyebabkan nelayan sukar untuk turun ke laut menangkap ikan. Hal ini menyebabkan penawaran ikan menjadi terhad manakala permintaan akan meningkat.
Bilangan penduduk
Bilangan penduduk adalah merujuk kepada angka rakyat sesebuah negara. Jika dibandingkan bilangan penduduk Malaysia iaitu sebanyak 32 juta dengan bilangan penduduk China iaitu 1.4 billion, maka permintaan di negara China lebih besar. Sebagai contoh, jika seorang rakyat di negara Malaysia dan China memerlukan sepasang selipar, maka permintaan selipar di negara China adalah lebih besar.
Itu sahaja untuk post kali ini, Insyallah saya akan sambung pada post akan datang.
Terima kasih dan selamat maju jaya!
Ulasan
Catat Ulasan