Catatan

Ekonomi Penggal 1 Bab 2 Part 2

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Saya akan sambung lagi pada post kali ini untuk bab 2. Penentu-penentu permintaan Atau faktor-faktor permintaan. Subtopik ini akan membincangkan apa punca-punca yang menyebabkan permintaan berubah . Saya akan cuba terangkan dan berikan contoh untuk anda mudah faham.   Faktor permintaan  Harga barang itu sendiri   Harga barang itu sendiri adalah disebabkan oleh perubahan harga barang itu. Contohnya jika anda ingin melihat perubahan permintaan bagi ikan kembung di pasar borong. Jika harga ikan menngkat, maka permintaan akan menurun. Secara kebiasaannya, jika peningkatan harga barang yang ingin anda beli, pasti anda kurangkan kuantiti atau anda tidak membelinya.   Harga barang lain ( penganti dan pengenap) Barang penganti merujuk kepada barangan yang boleh diganti . Barangan penganti ialah barangan yang mempunyai sifat yang sama dimana barang utama boleh diganti dengan barang ke...

Ekonomi Penggal 1 Bab 2

Imej
  Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Saya akan teruskan dengan bab 2 penggal 1 mikroekonomi untuk post kali ini. Mari kita mulakan! Permintaan Kita akan mulakan dengan permintaan. Apakah itu permintaan? Secara takrifnya, permintaan bermaksud kuantiti barangan atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dibeli pada suatu tingkat harga tertentu dan pada tempoh masa tertentu. Permintaan mempunyai hukum iaitu kuantiti dan harga mempunyai hubungan sonsang . Hal ini bermaksud jika harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun dan sebaliknya. Untuk bab ini, istilah “ceteries peribus” digunakan. Ia membawa maksud hanya satu faktor yang diambil kira dan tidak mengambil kira faktor lain. Kita akan pergi secara slow untuk faktor-faktornya nanti. Keluk permintaan Seperti yang telah saya nyatakan di atas, bab 2 ini akan anda pelajari tentang graf. Keluk permintaan ini merupakan satu garisan yang akan menunjukkan kedudukan harga dan kuantiti permintaan....

Pengenalan kepada ekonomi penggal 1 bab 2 STPM

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Untuk post kali ini saya akan sambung dengan bab 2 penggal 1 mikroekonomi. Bab ini adalah bab yang paling panjang dan penting bagi penggal 1. Saya sarankan anda betul-betul memahami bab ini kerana ianya sangat penting dan menarik untuk anda fahami dan pelajari. Bab ini penuh dengan graf yang perlu and hafal kedudukan dan hafal kegunaannya. Setiap graf yang dilukis berbeza dari graf yang lain dan mewakili status yang berbeza. Bab ini juga akan digunakan dan berkaitan dengan bab yang akan datang. Jadi belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk memahami dan pelajari bab ini. Di dalam post bab 1 penggal 1, saya ada menyatakan tentang kos lepas, permintaan dan penawaran. Dalam bab satu anda pelajari lapisan luar atau hanya tahu secara ekspilit tetapi dalam hal ini kita akan mendalami istilah-istilah ini secara implisit. Jadi untuk post kali ini, saya akan terangkan secara ringkas apa itu penawaran dan permintaan. Saya akan menggun...

Perbincangan tentang sistem ekonomi

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Di post sebelum ini ( Penggal 1 Bab 1 Part 3), saya ada menerangkan tentang sistem-sistem ekonomi yang digunakan oleh negara-negara tertentu didunia. Tujuan post ini adalah untuk menarik perhatian pembaca tentang menariknya subjek ekonomi ini. Sistem Kapitalis Untuk permulaan, mari kita bincangkan tentang sistem ekonomi kapitalis. Antara negara yang menggunakan sistem ini ialah Amerika Syarikat. Sistem ini jika dilihat secara amnya tampak menarik kerana mampu menjamin kekayaan kepada pengeluar. Tetapi secara realiti, tidaklah seindah itu. Mengapa? Di Amerika, disebabkan sistem ekonomi ini pihak swasta cuba sedaya upaya untuk membolot kekayaan dari rakyat tanpa memikirkan kesan buruk dalam masa jangka pendek mahupun panjang. Saya ingin menceritakan kepada anda, berlaku di Amerika Syarikat dimana berlakunya “Opioid epedemic”. Apa itu opioid? Opioid merupakan sejenis dadah yang digunakan secara medical untuk menahan sakit, terdap...

Ekonomi Penggal 1 Bab 1 Part 3

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Mari kita sambung kepada last subtopik bagi bab 1. G. Sistem Ekonomi G. Sistem Ekonomi Sistem ekonomi merupakan cara sesebuah negara menyelesaikan masalah ekonomi. Sistem-sistem ini digunakan berdasarkan politik dan sistem ekonomi yang digunakan. Terdapat 3 jenis sistem ekonomi yang akan pelajari, iaitu; Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam (hampir sama campuran) Saya akan terangkan kepada anda satu demi satu idea sistem ini dan akhir sekali kita akan bandingkan kebaikan dan keburukan sistem ini. 1. Sistem Ekonomi Kapitalis Dalam sistem ini, tiada campur tangan kerajaan dalam membuat keputusan ekonomi Pengeluaran barangan dan perkhidmatan ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran (anda akan belajar pada bab 2 nanti) Matlamat sistem ini ialah pihak swasta dapat memaksimumkan keuntungan, dan mewujudkan pe...